Perbicaraan di mahkamah Azilah_Hadri

Azilah (32) dan Sirul Azhar (36) dituduh membunuh Altantuya, ketika itu berumur 28 tahun di lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735 di atas bukit Puncak Alam Mukim Bukit Raja, Shah Alam, Selangor antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Jika sabit kesalahan, pertuduhan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwaraya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid. Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar. Sirul diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Merican dan Ahmad Zaidi Zainal. Razak diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong. Peguam Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan Ram Karpal Singh pula bertindak peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya.

Pada 31 Oktober 2008, Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin di Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Baginda kerana tidak ada prima facie. Tetapi Azilah dan Sirul diperintah membela diri pada 10 November 2008 kerana ada prima facie. [1]